Adik harap orang ramai doakan Sajat

Adik harap orang ramai doakan Sajat

Adik kepada Nur Sajat Kamaruzzaman, Nur Mustika, mengakui kisah dan kontroversi membabitkan usahawan dalam buruan itu merupakan ujian berat yang perlu ditanggung mereka sekeluarga.

Justeru, kata Nur Mustika, tiada lain yang mahu dipinta mereka daripada orang ramai selain mendoakan perkara terbaik buat Nur Sajat agar diberikan kesempatan untuk memperbetulkan kesilapannya.



“Memang ujian ni berat. Saya berharap Ajad sempat diberi satu lagi peluang kerana dia anak yang patuh dan taat.

“Saya minta masyarakat yang mengikuti perkembangan Ajad untuk doakan kebaikan, seperti kami sekeluarga mendoakan dia,” katanya.

Nur Mustika, 33, berkata apa saja kisah Nur Sajat yang disoroti media pasti memberi kesan mendalam buat dirinya serta keluarga mereka.

Mengulas mengenai tangkapan dibuat pihak berkuasa Thailand baru-baru ini Nur Mustika kelihatan meraguinya dan meminta agar bukti berkenaan ditunjukkan.



“Kami tertanya-tanya, sekiranya betul dia kena tangkap, mana gambar atau video sebagai bahan bukti? Perkara yang terjadi memberi kesan pada keluarga Ika kerana apa saja sama ada perbuatan atau kenyataan daripada orang tertentu membawa kesan kepada keluarga.

“Setahu Ika, setiap kali kontroversi pasti ada gambar atau videonya kerana dia seorang yang popular,” katanya dalam sesi wawancara bersama Harian Metro.

Harap kesilapan dibetulkan

Kata Nur Mustika, sekiranya benar Nur Sajat benar-benar ditangkap pasti orang ramai sudah ditunjukkan dengan bukti yang mengiringi laporan tersebut.



Dia juga berharap orang ramai tidak menilai Nur Sajat selepas apa yang berlaku sebelum ini.

Katanya perniagaan Nur Sajat gagal dan dia “bankrap” gara-gara kecaman dan serangan warganet.

Nur Sajat disahkan melarikan diri ke luar negara selepas diburu pihak berkuasa kerana waran tangkap terhadapnya dikeluarkan ekoran gagal hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Dia didakwa meloloskan ke Thailand selepas mendapat bantuan daripada seorang individu dan dilaporkan ditahan di sebuah kondominium di Bangkok, 8 Sept lalu.



Nur Mustika berkata, adik-beradiknya sudah diberi didikan yang baik oleh ibu bapa mereka.

Dua abangnya, kata Nur Mustika, pernah ditugaskan bapa mereka untuk memantau perilaku Nur Sajat sejak dari kecil.

Pada masa sama dia berharap Nur Sajat diberi pengakhiran yang baik oleh Allah dan menganggap Tuhan masih sayang kepadanya.

“Sebab tu Ika harap orang ramai tak menghukum tapi berilah dia dorongan dan berharap semua kesilapannya sempat diperbetulkan,” katanya.



Adik harap orang ramai doakan Sajat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker