Khabib dan Wahed Inc umum kerjasama promosi masyarakat celik kewangan

Khabib dan Wahed Inc umum kerjasama promosi masyarakat celik kewangan

Khabib Nurmagomedov dan Syakir Hashim
WAHED Inc, syarikat teknologi kewangan (FinTech) berkaitan pelaburan halal dan beretika, mengumumkan kerjasama dengan juara seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov yang dilantik sebagai duta jenama syarikat itu untuk mempromosikan penyertaan kewangan di seluruh dunia.

Sejak bersara daripada karier MMA yang cemerlang, Khabib telah menghabiskan masanya untuk menyokong aktiviti-aktiviti amal dan perniagaan yang memberi impak sosial seperti dilaksanakan Wahed Inc., yang selari dengan nilai-nilai dan kepercayaannya.

Wahed Inc merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan automatik patuh syariah dan beretika menggunakan platform ‘robo-advisor’ jenama Wahed yang telah digunakan oleh lebih 200 ribu pelabur kewangan di seluruh dunia.

“Khabib adalah ikon terbaik apabila anda menggabungkan ciri-ciri moral dan kejayaan kewangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wahed, Junaid Wahedna.

“Kisah kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada ratusan juta penduduk dunia. Integriti, etika kerja dan komitmen beliau untuk membina masyarakat yang saksama mencerminkan bagaimana kami bekerja bagi menjadikan teknologi kewangan boleh diakses oleh penduduk seluruh dunia. Beliau adalah duta yang sangat sempurna untuk kami,” katanya.

Khabib berkata, beliau amat menyukai teknologi Wahed kerana ia merupakan platfom halal, mudah dan membantu pelabur menguruskan kekayaan secara bertanggungjawab.

“Saya juga merasa bernasib baik dengan sokongan berjuta peminat yang saya ingin wakili dalam inisiatif ini. Merekalah yang memberikan saya semangat yang berkobar-kobar di dalam mahupun di luar gelanggang perlawanan, dan saya amat teruja untuk membantu lebih ramai orang di seluruh dunia,” katanya.

Dalam cara sama Khabib mengharungi cabaran dan bakat sukan melalui nilai-nilai pegangannya, Wahed Inc juga berharap akan dapat melakukan perkara yang sama dan menarik minat sesiapa sahaja yang percaya bahawa nilai dan faktor kewangan harus berjalan seiringan.

Sebagai duta kepada Wahed, Khabib akan menggunakan platform tersebut bersama Team Khabib, untuk membantu merapatkan jurang pelaburan dalam kalangan masyarakat pelabur.

“Kami semua amat teruja dengan kerjasama bersama Khabib, seorang juara termasyhur di dalam sejarah UFC dengan rekod tanpa kalah dalam MMA. Nilai-nilai yang beliau pegang adalah seiringan dengan nilai-nilai Wahed dan kami berharap untuk bekerja rapat dengan beliau untuk menggalakkan celik kewangan dalam kalangan masyarakat dan komuniti di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Malaysia, Syakir Hashim. Utv

Khabib dan Wahed Inc umum kerjasama promosi masyarakat celik kewangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker