Siasatan kes gangguan seksual berkait Ebit Lew masih berjalan

Siasatan kes gangguan seksual berkait Ebit Lew masih berjalan

Siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ebit Lew, masih berjalan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan.

Katanya, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes itu.

“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, hari ini, mendedahkan satu perbualan gangguan seksual yang didakwa membabitkan mangsa.

Beliau mendakwa, itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri daripada telefon bimbit mangsa.

“Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis.

“Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.
FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Siasatan kes gangguan seksual berkait Ebit Lew masih berjalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker