Nikki Palikat bikin ‘gila’ dalam Panas

Nikki Palikat bikin ‘gila’ dalam Panas

Selepas namanya kembali menjadi perhatian menerusi kemunculannya pada program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada 2021, penyanyi Nikki Palikat, 38, kini merancang mengadakan ‘showcase’.

Bagaimanapun, kata Nikki, persembahan istimewa buat peminatnya masih dalam perancangan memandangkan baru sahaja tampil dengan single baharu berjudul Panas.



“Untuk album, buat sementara belum lagi, tetapi saya akan keluarkan satu demi satu single. Buat masa sekarang, saya sudah merakamkan beberapa single dan semua dalam proses.

“Kali ini saya bekerjasama dengan komposer berbeza dan sememangnya, satu cabaran yang besar. Saya banyak belajar ketika sesi rakaman.

“Jadi, showcase saya masih dalam perbincangan dan terlalu awal untuk diumumkan. Namun, saya mengharapkan showcase berskala besar khas buat peminat,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut mengenai single Panas ciptaan komposer terkenal, Audi Mok dan lirik ditulis oleh Shazee, Nikki berkata, ia adalah kali pertama menyanyikan lagu bergenre Electric Dance Music (EDM), sekali gus menyifatkan satu percubaan berani.



“Single Panas dirakam hujung tahun lalu dan agak lama disimpan kerana tidak bertemu masa yang sesuai disebabkan ada banyak cuti umum.

“Jadi, saya terpaksa tangguh walaupun sudah lama disiapkan.

“Mungkin ramai tidak menjangka saya akan menghasilkan karya seperti ini.

“Kalau sebelum ini saya kembali dengan lagu Sudah bergenre balada. Namun, lagu EDM seperti ini saya rasa orang akan terkejut.



“Karya ini memang satu pertaruhan berani, tetapi seperti biasa, saya bukan jenis takut mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Kata Nikki, buah tangan terbaharu itu sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat yang sentiasa inginkan karya baharu terutama lagu berentak rancak.

“Kemunculan single Panas ini akan mengubat kerinduan peminat. Saya memang suka menyanyikan lagu rancak, ada unsur tarian, bertenaga dan memberi peluang kepada saya untuk tampil dengan persembahan teaterikal.

“Saya suka elemen seperti ini dan ia membuatkan saya cukup teruja kerana ia adalah genre yang belum pernah dibawa,” katanya.



Malah, kata Nikki, kini sudah tiba masanya untuk menyanyikan satu cerita baharu dan kalau single Sudah menggambarkan kisah perit, tetapi sekarang, ia lebih berbeza dan seronok.

“Mungkin ramai fikir saya ini seorang yang serius dan tidak pandai bergurau. Tetapi, sebenarnya saya suka bergelak ketawa.

“Saya tidak menyalahkan mereka, sebab saya tidak terlalu bercerita mengenai kisah peribadi, tetapi untuk lagu ini, saya akan tampil dengan lebih gila,” katanya.

Nikki yang pernah menghasilkan dua album iaitu Maharani dan Hawa berkata, single Panas adalah karya yang paling seronok pernah dirakamkan.



“Lirik lagu ini saya tidak mahu sesuatu yang serius. Saya ada minta kepada Shazee supaya tidak tulis lirik serius sebab kalau boleh saya mahu selitkan unsur komedi.

“Jadi, lagu ini mengisahkan seorang diva yang nakal dan mudah terhibur. Ini kerana, saya lebih cenderung untuk ke arah itu.

“Sejujurnya, dalam banyak lagu pernah dirakam, single Panas paling seronok bagi saya,” katanya. BH

Nikki Palikat bikin ‘gila’ dalam Panas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker