Lawan arus dua kilometer elak dicekup

Sebaran :

Lawan arus dua kilometer elak dicekup

SABAK BERNAM: Sebuah kereta penjenayah bertekad melawan arus sejauh dua kilometer (km) ketika dikejar polis selepas melarikan diri dalam sekatan jalan raya di KM 72 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki dua suspek ditahan selepas terbabas ke dalam sebuah parit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, pihaknya bertindak mengekori MPV itu sejurus selepas suspek melarikan diri dalam satu sekatan jalan raya.

“Setibanya di Jalan Tali Air 6, pemandu Avanza itu memandu secara melawan arus sehingga ke Jalan Tali Air 7 dan Jalan Haji Miskan.

“Pemandu itu kemudian melompat keluar dari kenderaannya yang masih bergerak lalu terbabas ke parit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu Avanza itu bagaimanapun meloloskan diri manakala seorang lelaki berusia 27 tahun iaitu penumpangnya ditahan untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan ke atas beg sandang suspek menemukan 19 peket mengandungi ketulan putih disyaki syabu. Lelaki itu diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Jelas Chee Khoon, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita sudah mengenal pasti identiti individu yang melarikan diri dalam kejadian tersebut. Usaha mengesan suspek masih sedang giat diteruskan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang ditahan mengalami cedera ringan pada kaki kiri.

Terdahulu, kejadian itu tular dalam media sosial menerusi satu video berdurasi 46 saat yang memaparkan sebuah Vanza dikejar kenderaan polis.

MPV yang melawan arus itu berada di laluan paling kiri jalan raya kemudian bertindak membelok ke kiri dipercayai lokasi pusingan U. Utusan

Lawan arus dua kilometer elak dicekup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply