Warga emas dijumpai meninggal dunia depan rumah kedai

Warga emas dijumpai meninggal dunia depan rumah kedai

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas ditemui meninggal dunia di hadapan deretan rumah kedai, dekat Padang Temusu, di sini kira-kira jam 8.45 pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian menerusi satu panggilan telefon memaklumkan penemuan lelaki terbabit di Kilometer 64, Jalan Alor Setar-Butterworth.



Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan lelaki warga emas itu yang berusia 73 tahun dalam keadaan terduduk, turut ditemui di samping mangsa ialah sebuah basikal disyaki miliknya.

“Hasil maklumat diperoleh mendapati mangsa yang tinggal seorang diri di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian itu bekerja sendiri selain menerima bantuan orang ramai,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa difahamkan adalah seorang penagih dadah tegar, bagaimanapun siasatan lanjut akan diteruskan.

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan Covid-19 akan dibuat sebelum proses bedah siasat dilaksanakan,” katanya.



Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda telah melakukan sanitasi di lokasi kejadian sebagai langkah keselamatan.-SH

Warga emas dijumpai meninggal dunia depan rumah kedai


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS



Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker