Nazir Razak jadi pemandu e-hailing Airasia Ride

Nazir Razak jadi pemandu e-hailing Airasia Ride

Datuk Seri Nazir Razak, anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan tokoh perbankan Malaysia baru-baru ini mencuba sesuatu perkara yang di luar kebiasaan beliau iaitu merasai sendiri pengalaman menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing terbaharu airasia ride.

Perkhidmatan yang baru sahaja dilancarkan sebulan lepas ini difahamkan sudah mula menerima lebih 5,000 permohonan dan pada 31 Ogos lalu, Nazir sendiri mencuba nasib menjadi pemandu selama tempoh 4 jam bagi memandu seberapa ramai penumpang yang boleh.

Di dalam video berdurasi selama hampir 9 minit yang dimuat naik di laman YouTube airasia Super App, kelihatan Nazir meluangkan masa bersama-sama rakyat Malaysia sambil bersembang mengenai Kemerdekaan, negara Malaysia, kewangan dan bercerita mengenai impian bapa beliau untuk negara Malaysia.

Memetik laporan DagangNews, Nazri berkata bahawa pengalaman bertugas sebagai pemandu e-hailing adalah sesuatu yang menyeronokkan. Selama 4 jam, beliau berjaya memperoleh sebanyak RM67.00 dan beliau berkata jika beliau bekerja sepenuh masa, beliau mungkin akan memperoleh pendapatan sekitar RM200 dan RM250 sehari.

“Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi untuk merasai pengalaman meraih pendapatan dan tip untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan yang menarik,” katanya.

airasia ride dilancarkan oleh AirAsia pada bulan lalu dan dapat diakses melalui Super App yang juga menyediakan perkhidmatan pengiriman makanan, belanja, hotel dan tempahan penerbangan. Difahamkan aplikasi ini bakal bersaing dengan Grab dan perkhidmatan atas talian yang lain.

Buat masa ini, AirAsia Ride hanya tersedia di Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi perkhidmatan ini akan dilancarkan ke negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak pada akhir tahun ini. Bagaimanapun, perkhidmatan ini sudah mula dilancarkan di Langkawi bermula 16 September ini.

Menurut Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, mereka ada juga merancang untuk menawarkan AirAsia Ride di negara-negara ASEAN lain seperti Thailand dan Indonesia di masa hadapan.

Walaupun airasia ride beroperasi dengan cara yang sama seperti perkhidmatan e-hailing yang lain, namun perbezaan ketara yang cuba dibawa oleh airasia ride antaranya adalah pelanggan boleh memilih pemandu pilihan mereka dengan perincian yang lebih teliti seperti jarak pemanduan dan profil pemandu. Vc

Nazir Razak jadi pemandu e-hailing Airasia Ride


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker