KPM sedia jumpa ibu bapa mangsa buli MCKK

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia bertemu dan berbincang dengan ibu bapa atau waris pelajar yang dikatakan menjadi mangsa buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, berkata pihaknya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan sentiasa terbuka untuk berbincang berhubung perkara itu.

“Saya nak tekankan kes ini dalam siasatan, memang di dalam pengetahuan KPM, dan ia juga sedang dalam siasatan polis. Kita di peringkat KPM telah mengambil tindakan sewajarnya dan yang sepatutnya. Bagaimanapun, kita faham perasaan ibu bapa mangsa, jika mereka nak jumpa, kita mengalu-alukan.



“Tiada masalah…malah kita terbuka dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak, kita melayan semua pihak sama dan bagi kita semua pelajar adalah sama,” kata Ahli Parlimen Tanjong itu kepada pemberita selepas merasmikan Anjung Ketipang Payung Sekolah Kebangsaan(SK) Tan Sri P Ramlee.

Pada 4 Nov, polis mengesahkan berlaku kes buli membabitkan pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar bulan lalu seperti tular dalam media sosial, dan media pula melaporkan rasa tidak puas hati kedua-dua pihak, yakni pelajar Tingkatan Empat yang dibuli dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Sementara itu di Ipoh, Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi, berkata kertas siasatan kes buli di MCKK itu telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan, dan kertas siasatan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya, Isnin lalu.



“Setelah dapat laporan (berkenaan kes itu), kita (polis) pun dah buat siasatan. Isnin lepas kita dah hantar kertas siasatan ke DPP (timbalan pendakwa raya) dan kini menunggu arahan daripada DPP,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker