2,000 Ekor Babi Berhampiran Ladang Dijangkiti Demam Babi Afrika ‘Hilang’ Tanpa Khabar

2,000 Ekor Babi Berhampiran Ladang Dijangkiti Demam Babi Afrika ‘Hilang’ Tanpa Khabar

SEREMBAN: Kira-kira 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata kesemua babi itu yang ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dibawa keluar oleh pemilik ladang ke lokasi tidak diketahui.

“Pada 13 April lepas, sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiti wabak ASF telah dilupuskan dan beberapa hari kemudian, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) yang membuat pemeriksaan di 19 ladang itu mendapati 2,000 ekor babi di situ sudah tiada.
“Bagaimanapun kita tidak mempunyai sebarang bukti sama ada kesemua haiwan itu telah dilupuskan. Siasatan masih dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bakri berkata JPVNS turut melaksanakan pemantauan di laluan utama yang menempatkan 19 ladang haram terbabit.

Beliau juga meminta orang awam melaporkan kepada JPVNS dan pihak berkuasa di negeri ini jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menjual babi di bawah harga pasaran-AA

2,000 Ekor Babi Berhampiran Ladang Dijangkiti Demam Babi Afrika ‘Hilang’ Tanpa Khabar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker