Resepi Ayam Palembang Sedap
Resepi Ayam Palembang Sedap
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai menu hidangan utama. Ayam masak palembang ini adalah salah satu inovasi dari masakan berasaskan kicap yang sememangnya sangat popular. Walaupaun Palembang adalah sebuah negeri di Indonesia tidak dapat dipastikan jika resepi ini berasal dari sana.
Bagaimanapun masakan ini mirip ayam masak semur yang sememangnya merupakan masakan orang Jawa. Masakan ini mempunyai sedikit kelainan itu mempunyai serai,daun kari dan cili hijau. Apapun masakan sedap, mengenyangkan dan sememangnya mudah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (lumur dengan garam dan serbuk kunyit)
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bahan perasa
7 sudu besar kicap
4 sudu besar cili giling/kisar
Air asam jawa
Bahan lain
2 biji kentang -potong wedges & goreng
Sebiji bawang besar – potong bulat
2 biji cili hijau – belah 2
2 sudu besar cili sos
1 biji tomato – potong 4
Daun kari
2 batang serai – dititik
Kaedah
Goreng ayam dan juga kentang. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serai dan daun kari.
Kemudian masukkan cili giling/kisar.
Masak hingga cili agak garing.
Baru masukkan kicap pekat dan gaul sebati.
Selepas itu masukkan sedikit air asam jawa.
Kemudian masukkan cili sos dan kacau lagi.
Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, lada hijau & tomato.
Akhir sekali baru masuk ayam dan kentang yang dah digoreng.
Gaul sebati untuk menyiapkannya.
Siap!
Untuk anda yang mengemari masakan pedas, anda boleh menganggarkan sendiri sukatan cili atau jenis cili yang anda gunakan. Begitu jua jika anda suka masakan yang berkuah anda boleh menambah sedikit air, bagaimanapun ayam masak Palembang ini lebih sedap dihidangkan seperti sambal.
Oleh itu terpulang bagi anda yang suka mencuba resepi baru, kerana masakan ini bukan sahaja mudah, malah ia juga sangat sedap. Selamat mencuba!
Resepi Ayam Palembang Sedap
Baca Artikel Menarik :
- Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta
- Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar
- MoU Kerajaan-PH gagal halang mangkuk “berterbangan” dalam Parlimen
- ‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan
- Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf Secara Terbuka Insiden Layanan Dua Darjat [VIDEO]
- Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan
- MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar
- Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur
- Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP [VIDEO]
- Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad
- Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.