YAHUDI Lebih Ramai Menghidap Kanser Berbanding Kaum Lain

YAHUDI Lebih Ramai Menghidap Kanser Berbanding Kaum Lain

Tahukah anda, terdapat perbezaan bilangan penghidap kanser payudara berdasarkan agama dan bangsa. Menurut Profesor Dr. Norlia Abdullah, Pakar Runding Bedah Payudara dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memberitahu, penyakit yang kebanyakan membunuh kaum wanita itu banyak menyerang orang Yahudi berbanding orang Islam,.

Jelasnya, kajian terperinci telah dilakukan oleh pakar kanser payudara dunia, dan nisbah yang dicatatkan adalah 8:1. Iaitu seorang akan terkena kanser payudara dalam lapan orang yang beragama Yahudi.

“Amerika mencatatkan jumlah penghidap kanser payudara tertinggi kerana majoriti penduduknya adalah beragama Yahudi.

Antara faktor terbesar kaum Yahudi mendapat kanser payudara dengan ramainya ialah kerana kaum Yahudi adalah pembawa genetik BRCA 1 dan BRCA 2 iaitu genetik yang paling tinggi risiko untuk dapatkan kanser payudara. Genetik ini adalah yang paling aktif dengan kanser payudara dan juga kanser ovari.

“Apabila dibuat kajian, rupanya kaum yang paling ramai mempunyai genetik seperti yang di atas adalah kaum Yahudi. Mereka berisiko 60 hingga 80 peratus mendapat kanser payudara dan ovari.

Orang Yahudi menyedari akan kekurangan bangsanya maka langkah-langkah pencegahan lebih awal dilakukan berbanding mengubati yang telah kritikal.

“Bangsa Yahudi terdiri daripada dua jenis kaum. Iaitu kaum Sephadic dan Ashkenazy. Apa yang membezakan di antara kedua-dua kaum ini adalah, kaum Sephadic merupakan kaum yang lebih terbuka kerana mereka membenarkan perkahwinan campur dengan agama lain.

“Walau bagaimanapun, kaum Ashkenazy sangat tegas kerana melarang perkahwinan dengan bangsa dan agama lain. Tetapi perkahwinan hanya akan disahkan jika memilih pasangan dari Yahudi juga.

Dan segala kajian terhadap kaum Yahudi seperti yang dinyatakan di atas adalah daripada kaum Ashkenazy, bukan kaum Sephadic. Ini kerana orang akan terkeliru dengan kaum Sephadic dan susah untuk dikenal pasti,” katanya.

Kebetulan atau suratan?

Dalam membincangkan kes dan fakta mengenai kanser payudara ini, Dr. Norlia juga memberitahu, di negara kita sebenarnya ramai yang masih tidak tahu tentang kajian sebenar mengikut perkiraan bangsa bagi mereka yang mengalami kanser payudara. “Di Malaysia, bangsa yang paling ramai menghidap penyakit kanser payudara adalah bangsa Cina. Iaitu dengan nisbah 16:1.

Manakala diikuti oleh kaum India dengan nisbah 17:1 dan yang terakhir ialah kaum Melayu dengan 28:1 untuk nisbahnya.”

Pasti ramai yang tidak percaya dengan angka di atas kan? Ini kerana mustahil kaum Cina dan India mengatasi orang Melayu Islam dalam kes kanser payudara disebabkan yang selalu kedengaran meninggal akibat kanser tersebut ialah orang Melayu. Jarang sekali kita mendengar orang Cina ataupun India meninggal akibat kanser payudara.

Bahkan dalam telefilem atau drama-drama sekalipun sering ditonjolkan orang Melayu sebagai pesakit kronik penyakit membunuh itu.

Antara sebabnya kaum Melayu sering mendapat perhatian dalam kes kanser payudara, kerana menurut Dr. Norlia kaum itu selalunya akan datang ke hospital apabila keadaan sudah tidak terkawal atau kanser telah mencapai peringkat ketiga atau keempat.

Kesedaran untuk berubat secara moden mungkin masih kurang berbanding mereka lebih suka berubat secara tradisional. Itu yang membezakan kaum Melayu dengan kaum Cina dan India yang mempunyai kesedaran tinggi untuk membuat pemeriksaan dan menjalani perubatan secara lebih baik di hospital.

YAHUDI Lebih Ramai Menghidap Kanser Berbanding Kaum Lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker