Tanam pokok ganja di balkoni kondo

Tanam pokok ganja di balkoni kondo

GEORGE TOWN – Polis menemui dua batang pokok ganja yang ditanam di balkoni ketika menyerbu sebuah kondominium di Ayer Itam di sini semalam.

Pada operasi kira-kira pukul 1.30 pagi oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut itu, turut ditahan adalah pasangan suami isteri bersama beberapa jenis dadah dan alat menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek lelaki berusia 38 tahun ditahan di bawah kondominium terbabit bersama dua paket plastik syabu seberat 12.61g dan satu paket plastik ganja (4.2g) yang bernilai RM1,461.

Beliau berkata, susulan penangkapan itu, polis menyerbu kondominium didiami suspek dan menahan isterinya berusia 36 tahun.

“Polis menemui 13 paket lutsinar mengandungi bahan disyaki ganja seberat 163 gram (g) bernilai RM8,150 dan peralatan menghisap dadah di ruang tamu rumah.

“Pemeriksaan di atas lantai balkoni menemui dua batang pokok ganja bernilai RM1,180 setinggi 19 sentimeter (sm) dan 40 sm di dalam dua pasu,” katanya pada sidang akhabr di IPD Timur Laut di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pasangan yang bekerja di sebuah stesen minyak itu menanam sendiri pokok ganja berkenaan selepas percubaan menyemai biji benih berjaya.

“Biji benih itu diperolehi melalui ganja yang dibeli oleh suspek dan ia ditanam sejak kira-kira lima bulan lalu dan pokok itu juga didapati dalam keadaan amat subur dan dijaga,” katanya lagi.

Menurut Soffian, polis turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora bersama dadah berkenaan yang bernilai RM10,791.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelak positif ganja, manakala kedua-dua mereka direman selama enam hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a), Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. K Online

Tanam pokok ganja di balkoni kondo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker