Sharnaaz dan Amelia, lekas-lekaslah kahwin

TERBIT rasa kagum di hati Cik Bunga bila tengok bagaimana profesionalnya Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila menjaga hubungan baik sebagai ibu bapa kepada anak tunggal mereka, Jebat Jayden, meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri.

Iyalah, tak ramai pasangan bercerai dapat jadi macam itu kerana kebiasaannya menyimpan rasa sakit hati dan dendam.

Sudahnya, anak-anak yang menjadi mangsa. Namun Sharnaaz dan Nabila tidak begitu.



Mereka memilih untuk berhubungan baik demi kebahagiaan Jebat dan itu sangat Cik Bunga respect habis.

Yang penting, hujung tahun lepas siap bercuti bersama-sama ke Jepun sebagai satu keluarga.

Percutian itu turut disertai kekasih Sharnaaz, Amelia Christie dan nampaknya bila tengok gelagat Jebat dengan wanita berkenaan pun, kita boleh agak, betapa akrabnya hubungan baik yang dibina ketiga-tiga selebriti ini demi Jebat.

Cik Bunga tak na kan, mungkin ada yang tak suka Sharnaaz bawa bersama kekasihnya itu bercuti.



Tetapi, bagi Cik Bunga, apa salahnya sebab bukannya pergi berdua. Janganlah berfikiran negatif sangat.

Namun satu yang Cik Bunga setuju dengan pendapat ramai, lebih baik Sharnaaz dan Amelia lekaslekas kahwin.

Iyalah, semua orang dah tahu hubungan cinta yang terjalin, keluarga pun barangkali sudah lama beri restu, Jebat pun selesa dengan Amelia, lalu tunggu apa lagi ye tak?

Cik Bunga tengok, ramai kalangan peminat mereka yang mendoakan agar hubungan ini menjadi kenyataan dan Sharnaaz segera tamatkan zaman duda.



Perkara baik orang kata tak elok tangguh-tangguh. Itu kata kita lah. Mungkin Sharnaaz pun ada sebab atau sudah rancang bila hendak masuk meminang Amelia. Naluri Cik Bunga dapat meneka yang mereka ini memang pasangan sepadan.

Tak apalah, kita tunggu sahaja berita gembira ini daripada Sharnaaz. Doakan yang baik-baik, mana tahu boleh jadi Wedding of The Year.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker