OKU warga emas tidur bersama mayat remaja dibunuhya

Sebaran :

OKU warga emas tidur bersama mayat remaja dibunuhya

Taktik seorang warga emas berstatus orang kelainan upaya (OKU) yang tidur bersama mayat seorang remaja yang dibunuhnya bagi mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar.

Polis Delhi pada malam Sabtu telah menahan seorang lelaki berkenaan yang juga penjaganya kepada mangsa selepas ditemui tidur bersama mayat yang disyaki mati dibunuh.

Polis percaya berlaku insiden pergelutan antara mangsa dan juga suspek di luar sebuah hotel di Delhi yang kemudiannya disyaki ditikam dengan pisau beberapa kali sehingga maut.



Mangsa indentitinya telah dikenal pasti sebagai Chandan, seorang penduduk di Subhash Nagar meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pada Sabtu lalu, polis menerima maklumat awam yang menemui seorang lelaki OKU terbaring di kawasan Subhash Nagar berhampiran Hotel Surya.

Sejurus polis tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mayat seorang lelaki remaja sebelah suspek di pondok sementara berhampiran jalan.

Polis juga menemui beberapa kesan luka akibat tikaman benda tajam disyaki pisau.



Siasatan lanjut juga mendedahkan Chandan keluar sekitar pukul 12 tengahari Sabtu untuk membeli rokok berhampiran hotel tersebut.

Chandan kali terakhir dilihat berpesta dengan rakan-rakannya di Ansal Plaza.

Mangsa kemudian dipercayai berjumpa lelaki kurang upaya warga emas berusia 65 tahun dikenali sebagai Santosh mengemis di tepi jalan.

Polis percaya kedua dua mereka iaitu mangsa dan suspek berada dalam keadaan mabuk selepas minum arak sebelum terlibat dalam pergaduhan yang kemudian membawa kepada insiden pembunuhan.



Sementara itu, penjaga Santhos (suspek OKU) iaitu Vinod, berusia 20 tahun tiba di tempat insiden dengan menaiki motosikal untuk bertemu suspek.

“Ketika itulah mangsa Chandran mencaci Santosh (suspek OKU) dan membelasahnya sebelum kedua-dua mereka berang dan bergaruh.

“Suspek dalam keadaan marah dengan bantuan rakannya Vinod telah menyerang mangsa (Chandan) menikam dengan pisau sehingga mati di lokasi kejadian,” kata polis.

Ujarnya, Vinod yang kecewa dan panik telah melarikan diri dari lokasi insiden tetapi suspek Santosh baring dan tidur di sebelah mayat mangsa (Chandan) sebagai taktik untuk mengaburi mata polis.

Polis berkata, suspek menganggap dia akan terselamat daripada disoal siasat polis jika tidur sebelah mayat disebabkan keadaan fizikal berstatus OKU.

Bagaimanapun percaturan suspek gagal apabila polis yang mengesyaki sesuatu sebelum mencekupnya sebelum menjejaki kedudukan rakannya Vinod yang turut diberkas beberapa minit kemudian.

Polis juga berjaya merampas senjata pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa. – Indiatoday.in MG

OKU warga emas tidur bersama mayat remaja dibunuhya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *