Banjir di Melaka semakin buruk, 1,778 mangsa banjir terpaksa pindah

Banjir di Melaka semakin buruk, 1,778 mangsa banjir terpaksa pindah

Kejadian banjir di Melaka semakin buruk selepas seramai 1,778 mangsa membabitkan 462 keluarga dipindahkan setakat jam 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Cuthbert John Martin Quadra, berkata jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka juga meningkat kepada 20 berbanding 19, petang tadi.



Katanya, setakat ini 10 PPS dibuka di daerah Alor Gajah, lapan di Melaka Tengah dan dua di Jasin.

“PPS yang terbaharu dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di daerah Alor Gajah yang kini dalam proses pendaftaran,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa tertinggi buat masa ini ialah di PPS SK Krubong yang menempatkan seramai 303 mangsa, diikuti PPS SK Taman Merdeka (230 mangsa), PPS SRA JAIM Jelatang (188 mangsa), PPS SK Seri Pengkalan (165 mangsa) dan PPS SK Batu Berendam 1 (162 mangsa).

Selain itu, jumlah kawasan terjejas turut meningkat kepada 27 kawasan membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin.



Di Alor Gajah, kawasan terjejas membabitkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

Manakala, di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tamby Chik Karim, Rumah Awam Peringgit, Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Tasek. FMT

Banjir di Melaka semakin buruk, 1,778 mangsa banjir terpaksa pindah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya



Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker