Kamala Harris diancam bunuh oleh seorang jururawat

Kamala Harris diancam bunuh oleh seorang jururawat

Washington: Seorang jururawat di Florida mengaku bersalah atas dakwaan mengancam untuk membunuh Naib Presiden Kamala Harris, lapor Xinhua yang memetik Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Selasa.

Niviane Petit Phelps, 39, membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah daerah di Florida, pada Jumaat.

Dia didakwa atas enam pertuduhan termasuk mengancam untuk membunuh Harris, lapor CNN.

Menerusi klip video berdurasi 30 saat dirakam pada Februari, Phelps mendakwa dia menerima AS$53,000 (kira-kira RM220,000) untuk ‘melaksanakan’ tugas membunuh Harris, atau pembunuhan, dalam tempoh 50 hari, menurut laporan.

Selepas menghantar video berkenaan, Phelps menghantar satu gambar dirinya memegang senjata api dengan kertas sasaran di tempat menembak, menurut Associated Press.

Dua hari kemudian, dia dilaporkan memohon untuk permit untuk membawa senjata api.

Phelps merakam beberapa video, manakala anak wanita itu merakam video lain.

Wanita itu berdepan hukuman penjara lima tahun.

Prosiding jatuh hukum terhadapnya akan diadakan pada 19 November, lapor CNN. HM

Kamala Harris diancam bunuh oleh seorang jururawat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker