Shuk sertai tabligh, dalami ilmu agama

Shuk sertai tabligh, dalami ilmu agama

Nampaknya seorang lagi selebriti tempatan tampil mengikuti jejak langkah beberapa rakan artis yang lain menyertai kumpulan dakwah tabligh iaitu pelawak Shuk Sahar.

Perkara tersebut turut dikongsikan Shuk baru-baru ini di laman Instagramnya di mana dia berkongsi sebuah swafoto bersama Maulana Helmi.



Sekadar info, Maulana Helmi adalah individu yang terkenal dalam kalangan artis yang berhijrah sebelum ini antaranya seperti Ali XPDC, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Malah, instagram @dakwahtablighmalaysia turut berkongsi foto-foto Shuk yang dilihat sedang mengikuti aktiviti dakwah terbabit.

Dalam hantaran tersebut, pengendali akaun Instagram itu turut mendoakan agar Shuk terus istiqamah dan berharap agar bertemu kembali suatu ketika nanti.

Shuk keluar ke jalan Allah, doakan dia istiqamah di jalan Allah. Insya-Allah, ada rezeki bertemu lagi.



Meskipun nama Shuk sejak kebelakangan ini sering sahaja terpalit dengan isu kontroversi sehingga menjejaskan kerjayanya, peminat dilihat tetap memberi sokongan kepada Shuk dan mendoakan yang terbaik buat pelawak itu serta perniagaan yang diusahakannya kini. Bn

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Shuk sertai tabligh, dalami ilmu agama




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker