Setahun politik lebih aman

Sebaran :

RUANG hampir setahun gencatan politik melalui memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik membabitkan kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk fokus kepada situasi pandemik Covid-19 dan ekonomi negara.

Penganalisis Politik daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, segala kritikan dan teguran dijangka terus berlaku bagi tujuan semak dan imbang serta tadbir urus.

“Namun, ia tidak akan melibatkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Hal ini juga membolehkan pembaharuan institusi dan tadbir urus yang baik untuk negara dapat digerakkan agar memberikan keadilan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, sebahagian perkara yang dipersetujui dalam MoU itu ialah PH akan kekal sebagai pembangkang dan Parlimen tidak dibubar sebelum 31 Julai tahun depan.

Mengulas lanjut, Awang Azman menambah, selepas setahun MoU ini, ia boleh diperbaharui dan ditambah baik.

“Atau selepas setahun juga sekiranya isu Covid-19 dapat diturunkan pada kadar munasabah, maka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan,” kata beliau.

Mukhriz ‘bengang’ jawatan pengerusi MPN tidak dapat pada Mahathir

90 kerusi PH

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpandangan, dengan adanya MoU membolehkan negara mengecapi kestabilan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun sehingga Julai tahun depan.

“Ini satu langkah yang baik kepada demokrasi dan kestabilan politik disebabkan pada bulan Oktober ini, akan ada perbahasan mengenai belanjawan.

“Dengan jumlah 114 kerusi yang ada, sebenarnya kerajaan Ismail Sabri tidak begitu stabil. Sekiranya ada pihak-pihak tertentu cuba membuat kekalutan, mungkin akan berlaku dan berulangnya kembali ketidakstabilan ini.

“Dengan MoU ditandatangani bermaksud sudah ada ikrar atau aku janji bahawa kira-kira 90 kerusi PH ini memberi jaminan kerajaan kekal stabil selama setahun walaupun ada pihak lain cuba membuat masalah,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan juga harus membuktikan mereka ikhlas dan melaksanakan janji-janji yang dibuat itu antaranya dengan menggubal Rang Undang-Undang Antilompat Parti.

“Fokus kerajaan sekarang bersama PH adalah membantu menyusun program dan polisi-polisi yang baik untuk rakyat,” jelas beliau.

Mengulas mengenai apa akan terjadi selepas setahun MoU itu, Mazlan berpendapat tidak mustahil PH dan UMNO akan ada keserasian.

“Tidak mustahil akan membawa kepada satu situasi mereka boleh bekerjasama dalam PRU15 kerana mereka boleh bekerjasama pada masa sekarang.

“Slogan ‘No Anwar, No DAP’ ini juga sudah dilihat bukan lagi satu perkara yang terlarang,” kata Mazlan.

Setahun politik lebih aman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Agong syukur, sukacita susulan MoU dimeterai kerajaan, PH


Sebaran :

Leave a Reply