Zarina Anjoulie dihadap ke mahkamah

Zarina Anjoulie dihadap ke mahkamah

SEREMBAN: Selebriti Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine, Jun lalu.

Zarina, 34, yang hadir ke mahkamah dengan memakai jubah berwarna merah jambu dan bertudung, mengaku tidak bersalah di depan Majistret Mahyun Yusof, selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Zarina dituduh menggunakan dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, pada 29 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dan sebutan semula kes pada 24 September depan. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Zarina Anjoulie dihadap ke mahkamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker