Gangguan seksual dikaitkan Ebit Lew: Siasatan masih berjalan – Polis

Gangguan seksual dikaitkan Ebit Lew: Siasatan masih berjalan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul bukti berhubung siasatan yang dikaitkan kes melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan kes itu masih berjalan.

“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Selain itu, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ogos lalu,, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Bertindak atas laporan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit, 37, dipanggil polis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik sahaja selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan tersebut berunsur fitnah kejam ke atas dirinya

Gangguan seksual dikaitkan Ebit Lew: Siasatan masih berjalan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee Senario gembira dapat ikut Ebit Lew

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker