Azlee Senario gembira dapat ikut Ebit Lew

Azlee Senario gembira dapat ikut Ebit Lew

Pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan rasa gembira dan terharu dengan semangat pelawak terkenal, Azlee Senario ketika melakukan kerja-kerja amal bersamanya.

Menurut Ebit, dia menyifatkan pelawak tersebut seorang yang berhati mulia dan ceria kerana sering kali mengembirakan para penduduk kampung dengan seloroh nasihat-nasihat yang diberinya.

“Abang Azlee baik sangat. Dua kali dah bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Ustaz, saya sangat gembira.

“Di kampung Orang Asli, abang Azlee menceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi,” katanya di Instagram.

Selepas beberapa hari bersama menerusi misi berkenaan, Ebit memberitahu bahawa pelawak tersebut menitipkan rasa rindu untuk mengikuti kerja-kerja amal itu.

Selain itu, pendakwah itu juga mengakui berasa gembira setelah Azlee mengambil inisiatif untuk menghidupkan amalan sunnah di rumah sebagai rutin bersama keluarga tercintanya.

“Balik sahaja setelah beberapa hari bersama, abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah.

“Selain itu, rasa nak ikut sentiasa kerja ini. Bulan ini sahaja sudah lapan hari abang beri untuk kerja ini. Tenang ustaz buat kerja begini, bahagia sahaja serta sejuk hati. Terasa banyak tanggungjawab kita.

“Di rumah, abang Azlee dah mulakan amalan Talim bersama keluarga. Rumah kita akan meriah sangat jika ada amalam bacaan Al-Quran serta hadis Nabi setiap hari bersama,” tulisnya.

Sebagai informasi, Azlee difahamkan sedang mengusahakan perniagaan buah-buahan serta madu di sebuah tapak perniagaan di Saujana Utama.
Utusan

Azlee Senario gembira dapat ikut Ebit Lew


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker