Resepi nasi lobak merah memang sedap

Resepi nasi lobak merah memang sedap

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resepi nasi lobak merah yang dikongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN

2 cawan beras basmathi
1 batang lobak merah
2 ½ cawan cair
½ cawan susu cair
1 helai daun pandan
½ labu bawang besar- hiris halus
Rempah 4 beradik
1 kiub pati ayam
2 sudu besar mentega
Gajus dan daun pudina

CARA

Cuci beras, rendam selama 20 minit .Kemudian toskan.
Ambil setengah bahagian lobak merah, kisar bersama 2 ½ cawan air.Kemudian tapis. Setengah bahagian lagi disagat halus.
Panaskan periuk, cairkan mentega .Tumis kulit kayu manis,pelaga, bunga lawang dan bawang besar yang dimayang halus.Tumis hingga terbit baud an bawang sedikit layu.
Kemudian masukkan daun pandan simpul, tumis sekejap untuk membangkitkan aroma.
Masukkan air karot tadi (2 ½ cawan),susu cair, kiub pati ayam.
Masukkan beras basmathi dan juga karot yang disagat tadi.Tinggal sedikit karot sagat untuk hiasan.
Bila nasi kering, kecilkan api.Taburkan lebihan lobak merah sagat di atas nasi.Biarkan nasi masak sepenuhkan.
Selepas nasi masak, gemburkan nasi dan masukkan gajus dan daun pudina
Resepi oleh Malina, Pulau Pinang

Masakan ini amat mudah disediakan ia juga mengambil masa yang cepat untik disediakan. Jika anda ingin menyediakan bagi mereka yang tidak makan pedas, anda boleh menggunakan cili merah sahaja. Cubalah resepi ini anda pastikan menjadi ia lauk kegemaran keluarga anda, selamat mencuba ya!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker