Selepas sembuh Covid-19, suami Rebecca sukar berjalan pula

Selepas sembuh Covid-19, suami Rebecca sukar berjalan pula

Selepas sembuh daripada dijangkiti Covid-19 tahap lima, suami kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, Datuk Norazam Sulaiman tiba-tiba mengalami masalah sakit pada pinggang sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Rebecca, 35, berkata, dia berpendapat masalah yang dialami suaminya itu berkemungkinan kesan selepas sembuh daripada dijangkiti virus itu.



“Suami tiba-tiba sukar nak berjalan sebab sakit pada bahagian pinggang. Dua hari lepas dah mula rasakan sesuatu pada pinggang tetapi tetap cuba kuatkan diri.

“Semalam macam susah nak berjalan pula dan terus bawa suami ke hospital sebab terlalu risau. Tidak tahu nak cakap apa puncanya. Mungkin selepas baik daripada Covid-19 tahap empat dan lima. Hanya Allah SWT yang mengetahui,” katanya.

Menurut Rebecca, setakat ini doktor hanya memberikan ubat dan akan memantau keadaan suaminya dalam tempoh seminggu.

“Suami memang tidak suka pergi hospital, apatah lagi masuk hospital. Insya-Allah semoga baik dan sakitnya ini biasa-biasa saja,”katanya.



Menerusi video yang dikongsikan dalam hantaran terbaharu Instagram miliknya, Norazam terpaksa menggunakan kerusi roda ketika berada di hospital.

Malah, dia juga kelihatan sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan tongkat kerana mengalami sakit pinggang yang luar biasa.

Terdahulu pada 10 Julai lalu Rebecca berkongsi berita mengenai seluruh ahli keluarga termasuk tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa dimasukkan ke sebuah Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta di sebuah hotel di ibu negara untuk mendapatkan bantuan oksigen ekoran keadaan kesihatannya merosot. HM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Selepas sembuh Covid-19, suami Rebecca sukar berjalan pula


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker