Saham Top Glove naik selepas AS batal larangan import

Saham Top Glove naik selepas AS batal larangan import

Saham Top Glove Corp, pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, melonjak selepas syarikat itu berkata, ia dibenarkan menyambung semula eksport ke Amerika Syarikat mulai hari ini.

Syarikat itu, yang dikenakan larangan import oleh AS pada Julai 2020 atas bukti amalan buruh paksa, dalam kenyataan hari ini berkata, ia sudah dibenar meneruskan jualan di negara itu.

Top Glove berkata, ia kekal komited kepada kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerjanya.

Saham meningkat sebanyak 10% di Malaysia, lonjakan terbesar dalam lima bulan.

Syarikat itu mendapat mendapat kepercayaan pelabur di pasaran kredit, ketika Covid-19 meningkatkan permintaan untuk produk getah syarikat Malaysia itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia julung kali mengambil langkah untuk berunding terus dengan pembekal bagi meningkatkan akses ke atas sarung tangan, pelitup muka dan bentuk lain peralatan perlindungan.

Dalam pada itu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) berkata, ia akan menarik balik larangan import ke atas Top Glove, menurut notis agensi itu yang dimuat naik di laman Pendaftar Persekutuan.

“CBP kini memutuskan, berdasarkan maklumat tambahan, bahawa barang dagangan itu tidak lagi, atau mungkin akan, diimport ke AS yang melanggar Akta Tarif 1930, seperti dipinda,” menurut notis itu.

“Kami percaya pembatalan larangan itu akan meningkatkan pendapatan Top Glove, yang terjejas sejak penghantaran Top Glove di Malaysia ke AS dihentikan buat sementara,” kata Tan Kong Jin, penganalisis TA Securities yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Katanya, jualan Top Glove di Amerika Utara merosot daripada 23% pada suku kedua fiskal yang berakhir Februari lalu kepada 8% pada suku ketiga fiskal yang berakhir Mei lalu.

Saham Top Glove jatuh 48% sejak larangan import pada pertengahan Julai 2020 hingga semalam.

Ia naik 5% menjadi RM3.58 sesaham pada 10.25 pagi tadi. FMT

Saham Top Glove naik selepas AS batal larangan import


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker