Tidak henti-henti diugut, disogok, dakwa Syed Saddiq

Tidak henti-henti diugut, disogok, dakwa Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau tidak henti-henti diugut dan ditawarkan pelbagai sogokan sepanjang tempoh hampir setahun sejak kes mahkamah membabitkannya ditunda.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau kini tidak sabar untuk membuktikan kes beliau di mahkamah.

“Berani kerana benar,” katanya menerusi hantaran di Facebook yang memberitahu hari ini adalah adalah hari sebutan kesnya pertama.

Syed Saddiq dituduh memindahkan wang sejumlah RM100,000 daripada akaun Maybank ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya antara 16 Jun dan 19 Jun 2018, yang merupakan hasil aktiviti haram.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram terbabit.

Bulan lalu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen Johor Bahru bahawa mereka mahu memindahkan kes pengubahan wang haram itu memandangkan bakal saksinya adalah individu sama dengan kes pecah amanah yang turut dihadapi oleh Syed Saddiq.

Pada 22 Julai lalu, Syed Saddiq yang dihadapkan ke mahkamah, tidak mengaku bersalah atas dua tuduhan menyalah guna dana Armada berjumlah RM1.12 juta ketika menjadi ketua sayap pemuda Bersatu itu. MG

Tidak henti-henti diugut, disogok, dakwa Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker