Kenali penyebab pendarahan haid banyak
Kenali penyebab pendarahan haid banyak
1. Ketidakseimbangan hormon
Dalam kitaran haid biasa, keseimbangan antara penghasilan hormon estrogen dan progestron mengawal pembentukan lapisan dalaman peranakan yang tertanggal dalam proses kitaran haid. Dalam kes pendarahan haid banyak, lapisan dalaman ini menebal dan akhirnya keluar dalam bentuk darah haid yang banyak.
Kalangan wanita muda , keadaan ini mungkin disebabkan oleh hormon tidak seimbang untuk sementara sebelum ia pulih dengan sendiri. Bagi wanita berusia, pendarahan haid banyak mungkin menunjukkan masalah kesihatan lain yang perlu dirujuk pada doktor.
2. Keadaan Ginekologikal
Contoh, fibroid uterin, polips yang merupakan ketumbuhan benign pada lapisan dinding uterin, uterin, ovarian dan barah servik. Pendarahan banyak juga boleh berpunca pada komplikasi kehamilan seperti keguguran dan kehamilan luar rahim.
3. Penggunaan alat copper intrauterine bukan-hormon untuk mencegah kehamilan.
4. Sesetengah dadah termasuk perubatan antiradang dan anti-coagulants, penyalahgunaan rawatan hormon.
5. Keadaan kesihatan lain seperti penyakit keradangan pelvik, masalah tiroid, endometriosis dan penyakit buah pinggang atau limpa.
Mengenal Pendarahan Haid Berlebihan
Juga dikenali sebagai menorrhagia, definisi perubatan bagi pendarahan haid berlebihan menunjukkan kehilangan darah lebih 80 ml untuk setiap haid. Kesukaran untuk mengukur darah tersebut membuatkan doktor akan bergantung pada keterangan wanita berkenaan.
Pendarahan haid dianggap banyak apabila seseorang wanita:
Mengalami pendarahan lebih lapan hingga 10 hari terutama ia berulang dari bulan ke bulan.
Pendarahan keterlaluan sehingga memaksa wanita tersebut menghentikan aktiviti hariannya hanya untuk mengurus pendarahan yang banyak.
Wanita menjadi anemik kerana pendarahan berterusan keluar dengan banyak.
Mendapati ketulan-ketulan darah beku lebih satu atau dua hari.
Mengalami ‘kebanjiran’ – haid mengejut ibarat membuka paip air. Perlu menukar tampon atau pad hampir setiap jam. Utv
Kenali penyebab pendarahan haid banyak
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU