Setahun simpan mayat ibu untuk terima wang pencen

VIENNA, Austria – Seorang lelaki di Austria menyimpan mayat ibunya yang sudah dijadikan mumia di dalam sebuah bilik bawah tanah selama lebih setahun sambil terus menerima wang pencen milik wanita itu, lapor lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Lelaki berusia 66 tahun itu meletakkan mayat ibunya yang meninggal dunia secara semula jadi i di dalam sebuah bilik bawah tanah dan menutupi bau mayat menggunakan pek ais selain membalut tubuh wanita itu.

Polis percaya lelaki itu telah menerima wang pencen milik wanita berusia 89 tahun itu yang berjumlah £42,000 (RM240,988) secara haram.



Pihak polis menerusi satu kenyataan berkata, penipuan tersebut terbongkar selepas seorang posmen yang menghantar faedah pencen kepada wanita itu di wilayah Tyrol tidak dibenarkan berjumpa dengannya.

Polis kemudian memberitahu penyiar tempatan, ORF bahawa suspek turut menyembunyikan mayat ibunya menggunakan pasir kucing.

“Mayat tersebut kemudiannya menjadi mumia,” demikian kata seorang pegawai polis, Helmuth Gufler.

Gufler kemudian berkata, lelaki tersebut tidak bekerja dan tiada pendapatan. Bayaran pencen ibunya  akan terhenti jika dia melaporkan kematian wanita itu.



Suspek turut memberitahu abangnya bahawa ibu mereka sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan tidak wajar dilawati kerana wanita itu menghidap nyanyuk dan mungkin tidak akan mengenali anaknya. -Agensi

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker