BERJASA mahu PM perkukuh peranan Islam sebagai Agama Persekutuan

BERJASA mahu PM perkukuh peranan Islam sebagai Agama Persekutuan. Konsep ‘Keluarga Malaysia’ diharap dapat mengembalikan negara ini kepada identiti watan yang asal atas semangat Perlembagaan serta Rukun Negara – yang sekian lama menjadi tunjang perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama.

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim berkata, konsep dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya memperkukuh peranan Islam sebagai Agama Persekutuan, Melayu sebagai bangsa tunggak serta Raja sebagai payung negara.

Ia tidak sepatutnya mengikis semua tiang seri itu kononnya atas niat mulia ‘meraikan’ kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

“Seakan sudah menjadi kemestian setiap Perdana Menteri baharu yang dilantik menerajui kepimpinan negara akan mengangkat satu tema atau ‘tagline’ bagi mengungkap pembaharuan yang ingin dibawa.

“Datuk Seri Ismail Sabri memilih ‘Keluarga Malaysia’.

Kehebatan Kerajaan Melayu Islam Melaka perlu dikembalikan

“Namun perinciannya masih belum jelas. Biasalah. Perdana Menteri sebelum-sebelum ini juga memilih tema dahulu. Kemudian barulah dilantik konsultan bagi mengisi perinciannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lukman mendakwa, bangsa Melayu sudah cukup bertoleransi selama 64 tahun yang lalu, sehingga mereka terus tertinggal dari segenap aspek kehidupan bernegara.

Dakwanya, yang kaya dan berjaya hanya pemimpin politik Melayu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri supaya berani membuat perubahan yang sebenar.

“Jika tidak ‘Keluarga Malaysia’ akan mengikut jejak langkah ‘1Malaysia’ yang akhirnya terkubur begitu sahaja bersama individu yang menciptanya

“Tiada kesan. Tiada siapa yang perasan,” katanya.

BERJASA mahu PM perkukuh peranan Islam sebagai Agama Persekutuan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kuasa politik Melayu Islam perlu diperkasakan pada PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker