Hua Zong tuntut kerajaan tubuh jabatan ‘hal ehwal bukan Islam’

Hua Zong tuntut kerajaan tubuh jabatan ‘hal ehwal bukan Islam’. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina Hua Zong terkini meminta kerajaan membincangkan dengan serius mengenai penubuhan jabatan atau jawatankuasa ‘hal ehwal bukan Islam’.

Presidennya, Tan Sri Goh Tian Chuan berkata, selama ini Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hanya cenderung kepada hal ehwal dan kemajuan Islam. 

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, beliau mahu penubuhan jabatan baharu yang dicadangkan tersebut dapat menguruskan pembangunan masyarakat bukan Islam di negara ini.



“Kita mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan Jabatan atau Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana agensi yang difikirkan sesuai bagi membantu kerajaan menguruskan hal ehwal berkaitan secara lebih berkesan dan sistematik,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, semalam.

Mengulas lanjut, Tian Chuan berkata, berdasarkan keadaan negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama serta hak kebebasan beragama dan kemajuan yang termaktub dalam Perlembagaan, maka permintaan ini tidak perlu dilihat sebagai mencabar kedudukan Islam.

“Jika Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam ditubuhkan, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai tindakan mencabar kedudukan Islam, sebaliknya ia harus dilihat sebagai cerminan positif semangat dalam Perlembagaan sebuah negara yang majmuk dan harmoni,” dakwanya.

Ingatan kepada bukan Islam



Tian Chuan yang juga Pesiden Hua Zong Sabah berkata demikian dalam kenyataannya berhubung penjelasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi bahawa sejumlah rang undang-undang (RUU) syariah yang dicadangkan untuk dilaksanakan, termasuk RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, belum dibawa ke peringkat Kabinet.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan merangka empat RUU syariah baru, termasuk RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Wakaf, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain.

Bagaimanapun, Tian Chuan menegaskan, kepercayaan dan agama serta kemajuan rakyat pelbagai kaum perlu dihargai dan dihormati sebagai manifestasi semangat Keluarga Malaysia.



Menurutnya lagi, pada tahun 2008, kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan ‘Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam’ dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Selangor tahun lalu yang menyalurkan bantuan sepanjang tahun dan dana yang telah dinstitusikan untuk kemajuan hal ehwal bukan Islam di negeri tersebut. 

Maka, Tian Chuan mahu pendekatan seperti ini dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Tindakan Kerajaan Pusat menyalurkan dana kepada pertubuhan bukan Islam melalui Kementerian Perpaduan baru-baru ini, amat dialu-alukan, namun untuk jangka masa panjang, ‘Jabatan atau Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam’ patut ditubuhkan untuk menguruskannya dengan lebih baik kerana ia akan lebih menepati dasar kemajuan dan penginstitusian.

“Kemajuan hal ehwal bukan Islam dalam negara yang melibatkan kuil, perkuburan Cina dan perancangan program berkaitan turut memerlukan kerjasama berterusan dari kerajaan selain dana yang diinstitusikan,” dakwanya.



 

Hua Zong tuntut kerajaan tubuh jabatan ‘hal ehwal bukan Islam’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Persenda Azan: Tiga Pemuda Mohon Maaf Kepada Seluruh Umat Islam [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker