Tiga menu sihat dari tiga pakar pemakanan

MALAYSIA terkenal sebagai syurga makanan. Pelbagai menu menarik dan sedap dinikmati tidak kira masa yang menyebabkan payah mengamalkan pemakanan sihat.

Baru-baru ini pakar pemakanan dari farmasi Alpro, baru-baru ini melancarkan resipi sarapan lebih sihat diinspirasikan daripada makanan kegemaran masyarakat tempatan.

ROTI SARANG BURUNG



Menu sarapan Roti Wholemeal Sarang Burung hasil pakar diet, Nor Anieza Abas diinspirasikan daripada hidangan roti canai sarang burung yang tular di media sosial pada tahun lalu.

Anieza berkata, resipi ini dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan, pesakit kencing manis atau sesiapa ingin makan makanan lebih sihat kerana mengandungi jumlah kalori lebih rendah dan kurang lemak.

“Dengan menggantikan roti canai kepada roti mil penuh atau wholemeal ia menjadikan hidangan sarapan yang rendah kalori dan kurang lemak. Resipi ini turut mengandungi nutrisi lebih seimbang seperti karbohidrat, protein, lemak dan serat dalam satu hidangan. Ia dapat memberi rasa kenyang lebih lama. Ia sesuai dijadikan sebagai hidangan utama,” katanya.



THOSAI

Penggemar sarapan thosai boleh mencuba resipi dari Deva Bhargunan. Pakar pemakanan ini menggantikan tepung beras dengan suplemen makanan ‘Metabolic Sauver’ yang membantu mengawal kadar gula dalam darah untuk pesakit diabetes.

Katanya, antara faktor utama penyakit kencing manis tidak terkawal adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan dalam makanan harian.



“Thosai ini boleh dijadikan pilihan mesra diabetes. Saya tidak menggunakan tepung beras, sebaliknya digantikan dengan serbuk metabolik yang memberikan keseimbangan karbohidrat, vitamin, mineral dan kaya dengan ekstrak herba seperti kayu manis, peria dan sebagainya,” katanya yang menjelaskan bahan-bahan terapeutik itu berupaya meningkatkan kepekaan insulin dan mencegah kenaikan gula dalam darah.

MI KOLOK

Pakar pemakanan, Ivy Hew menampilkan Mi Kolok Sarawak yang lebih seimbang dari segi nutrisi dan bersesuaian dengan nisbah suku-suku separuh, diperkenalkan Kementerian Kesihatan dalam program Pinggan Sihat Malaysia.



Beliau menggunakan dada ayam yang tidak ada lemak, lebihkan sayur-sayuran seperti bak choy dan lobak merah.

Menariknya beliau turut menggunakan minyak zaitun.

“Minyak ini kaya dengan asid lemak mono tidak tepu (MUFA) yang mampu mengurangkan tahap lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) secara perlahan,” katanya.

Tiga menu sihat dari tiga pakar pemakanan



 

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Thosei Tanpa Yis & Chutney Kelapa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker