Ujian penilaian KAFA ditangguh ke 15 Nov hingga 18 Nov

Ujian penilaian KAFA ditangguh ke 15 Nov hingga 18 Nov

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadual pada 4 hingga 7 Okt ditangguhkan ke 15 hingga 18 Nov selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19.

Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, hanya petugas peperiksaan yang mendapat dua dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan bertugas di semua pusat peperiksaan.

Katanya, keputusan itu juga mengambil kira ulasan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 6 Sept.

“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.

“JAKIM dengan kerjasama semua agensi telah menyediakan pelan tindakan untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, keputusan itu juga berpandukan kepada pengumuman Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin pada 15 Ogos bahawa sesi persekolahan untuk calon peperiksaan akan bermula pada 3 Okt secara berperingkat mengikut perkembangan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Selaras dengan keputusan tersebut, JAKIM telah membuat keputusan bahawa pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK KAFA juga akan dibuat mengikut ketetapan tersebut,” katanya. FMT

Ujian penilaian KAFA ditangguh ke 15 Nov hingga 18 Nov


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker