8 Cara Menghindari Gangguan Syaitan

8 Cara Menghindari Gangguan Syaitan

1. Membaca, “A’udzubillahi minasy syaithanirrajim” (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yang terkutuk). Sama ada di dalam masa khusus seperti membaca al-Quran juga setiap masa sebelum memulakan pekerjaan. Atau ketika marah, ia disebut di dalam hadis dari Sulaiman bin Shurad katanya:

“Dua orang lelaki saling memaki berhampiran Rasulullah s.a.w sehingga seorang dari mereka merah matanya dan menggembung urat-urat lehernya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya aku tahu suatu kalimah yang kalau dia membacanya, nescaya hilang marahnya. Kalimah itu ialah: A’udzubillahi minasy syaithanirrajim” (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yang terkutuk).



Ia juga dibaca ketika seseorang merasa sesuatu yang tidak selesa.

2. Baca Bismillah, ia akan menyekat percampuran syaitan ketika memulakan pekerjaan, makan, jima’ dan segala aktiviti. Bismillah adalah pintu yang menghalang dari gangguan syaitan.

3. Membaca ayat Kursi yang mana syaitan sendiri pernah membuka rahsianya. Sebagaimana peristiwa Abu Hurairah yang berjaya menangkap syaitan ketika menyamar menjadi manusia mencuri simpanan makanan di gudang. Pada kali ketiganya apabila di tangkap ia mengajarkan Abu Hurairah tentang keutamaan ayat Kursi. Kata syaitan,

“Kalau kamu sudah mendatangi katilmu maka bacalah ayat Kursi maka akan ada penjaga daripada Allah hingga pagi.” Perkara itu diadukan kepada Rasulullah, maka Rasulullah kata: “Dia telah berkata benar sedangkan dia itu pendusta.”



Dari situ kita ambil kata-kata itu berdasarkan pembenarannya oleh Rasulullah dan bukannya kata-kata syaitan.

4. Apabila syaitan mengganggumu mintalah perlindungan pada Allah. Tidak ada jalan lain kecuali meminta pertolongan pada Allah. Antara hadis menarik yang bercerita tentang perlindungan dari Allah adalah peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah.

Pada suatu hari Rasulullah berjalan dari Mekah sampai di suatu kawasan tiba-tiba Nabi dan Uqbah nampak di sebuah kawasan satu benda hitam lalu di hadapannya. Kata Uqubah, “Aku dengar Rasulullah membaca al-Falaq dan an-Nas.

Kemudian Rasulullah berkata, “Ya Uqbah, mintalah kamu pelindung dengan dua surah itu, tidak ada surah yang lebih baik daripada al-Falaq dan An-Nas. Kemudian kata Uqbah, malam itu Nabi solat Isyak dengan membaca kedua-dua surah itu.”



Jadi sebahagian kepercayaan di dalam masyarakat kita apabila masuk hutan atau melalui tempat yang sunyi akan meminta izin kepada penunggu tempat yang disinggahi. Maka ia juga sebenarnya berlaku semasa zaman Rasulullah lagi namun Islam telah mengajarkan dengan bacaan yang lebih baik iaitu Al-Falaq dan An-Nas. Ia adalah merupakan benteng gangguan syaitan. Ketika hendak tidur, berjalan di tempat sunyi dan juga Baginda menjadikannya sebagai jampi.

5. Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah. “Sesiapa yang membaca dua ayat ini pada akhir surah al-Baqarah pada waktu malam, mencukupkan keperluan penjagaannya.” HR Bukhari,

Juga membaca keseluruhan surah al-Baqarah di rumah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan jadikan rumah kamu kubur. Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqrah.” HR Bukhari

6. Amalkan zikir, A’udzu bikalimaatillaahit taammati min syarri ma khalaq (Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang Maha Sempurna dari segala macam kejahatan yang mungkin terjadi). Kata Rasulullah, “Apabila kamu berhenti (bermalam) di suatu tempat atau negeri maka mohonlah perlindungan kepada Allah, nescaya dia terhindar dari segala bahaya yang mengancam sampai dia berangkat dari tempat itu.”



Zikir itulah yang diajarkan oleh Rasulullah untuk menghalang gangguan syaitan, juga gangguan fizikal.

7. Di samping itu kita perlu elakkan diri dari tempat-tempat yang menjadi tempat tinggal syaitan dan yang telah Allah khaskan, seperti di tepi laut, bukit bukau, tempat sunyi dan tempat pembuangan sampah tanpa ada keperluan. Rasulullah bersabda,

“Sesungguhnya arasy iblis di atas laut. Maka dia akan mengutuskan delegasi dan ia akan menggoda manusia. Maka orang yang paling disayangi syaitan adalah orang yang terpalit dengan ajakan-ajakannya.” HR Muslim

8. Mengelakkan rumah dari patung, dan gambar-gambar yang bernyawa. Kata Nabi, “Malaikat tidak akan masuk rumah yang ada gambar atau patung. Malaikat juga tidak akan mengiringi perjalanan orang yang membawa bersama mereka loceng dan anjing.”



Orang yang suka menggantung gambar makhluk bernyawa bermakna kita letakkan ‘no entry’ pada malaikat. Jika kita bermusafir maka jangan bawa dua benda itu kerana malaikat tidak akan mendampingi kita. Utv

8 Cara Menghindari Gangguan Syaitan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker