Tengku Noor Azlin didenda RM12 ribu

Tengku Noor Azlin didenda RM12 ribu

Padah menyebarkan berita tidak benar tentang vaksin menerusi hantaran video di Facebook, seorang suri rumah hari ini didenda RM12,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Tengku Noor Azlin Wa Kembang Tengku Azizan, 46, selepas dia mengaku bersalah menyebar berita tidak benar melalui hantaran video bertajuk “Siapa yang dah daftar! Lelaki ini bongkar bahayanya vaksin Covid-19?” dalam Facebook.

Dia mengaku menyebarkan video berkenaan dengan niat untuk mencetuskan kebimbangan kepada orang awam melalui Facebook dengan nama profil “Kak Siti Wakembang” pada 11.44 malam, 25 Mei lepas.

Hantaran itu kemudian dibaca pada 8.30 pagi, 3 Jun di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya dan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Edwin berkata, kesalahan dilakukan wanita itu mungkin menimbulkan kegusaran kepada orang awam, sekali gus membantutkan usaha kerajaan memerangi Covid-19.

“Tempoh kesalahan dilakukan adalah pada masa kerajaan bertungkus lumus menjalankan program vaksinasi secara menyeluruh untuk membasmi penularan Covid-19,” kata hakim itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan tidak berniat menjadikan video itu tular.

“Saya mengaku bersalah…dalam kes ini, niat saya hanyalah untuk mendapatkan komen sahabat saya dan berikan pendapat mereka pada video itu.”

Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Kalmizah Salleh memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum kerana perbuatannya boleh mendatangkan kebimbangan kepada orang awam ketika negara masih berperang dengan Covid-19. FMT

Tengku Noor Azlin didenda RM12 ribu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker