Bincang SPR, Peguam Negara isu Undi 18

Bincang SPR, Peguam Negara isu Undi 18. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan memberi respons mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Undi 18 pada Selasa atau Rabu ini.

Wan Junaidi berkata, beliau perlu berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun terlebih dahulu.

“Saya kena berbincang dengan SPR dan Peguam Negara dahulu tentang apa tindakan-tindakan yang pada pandangan mereka yang perlu diambil.

“Saya pun belum tahu tentang butiran sama ada sudah ada atau belum negeri-negeri seluruh Malaysia meminda peruntukan berkaitan pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat yang memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Bincang SPR, Peguam Negara isu Undi 18


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Undi 18: Syarat umur perlu digabung dengan pendidikan politik, kata Hadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker