Tumbuk, cucuh putung rokok bayi 16 bulan

Tumbuk, cucuh putung rokok bayi 16 bulan

TAMPIN: Polis menahan seorang lelaki yang tergamak menumbuk muka serta mencucuh puntung rokok pada anak tirinya yang baru berumur 16 bulan di Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan, di sini, 25 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Tampin, Anuwal Ab Wahab berkata, polis menahan lelaki berusia 23 tahun itu bersama isteri di Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan pada hari sama, selepas menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang merawat bayi berkenaan.

Beliau berkata, bayi itu merupakan anak kandung kepada wanita berusia 17 tahun yang berkahwin dengan lelaki berkenaan kira-kira lapan bulan lepas.

“Pada 25 Ogos lepas, pihak kami didatangi pegawai perubatan yang memaklumkan menerima seorang pesakit, iaitu bayi berusia setahun empat bulan dalam keadaan lebam pada mata.

“Seorang lelaki mengaku memukul bayi berkenaan kerana sering menangis, dan lelaki itu juga mengaku mencucuh puntung rokok di bahagian tapak kaki kiri bayi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, pasangan itu membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan dan bayi itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Pilah untuk diberikan bantuan oksigen serta rawatan lanjut.

Katanya, lelaki itu mempunyai rekod lampau dadah dan direman sehingga 6 Sept, manakala ibu bayi itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) dan 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.

Kertas Siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan lelaki berkenaan akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001, manakala ibu bayi itu pula akan didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak di Mahkamah Majistret Tampin pada Isnin. FMT

Tumbuk, cucuh putung rokok bayi 16 bulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker