Penyakit Misteri Landa India, Puluhan Kanak-Kanak Meninggal Dunia

Penyakit Misteri Landa India, Puluhan Kanak-Kanak Meninggal Dunia

Wabak demam misteri muncul di Uttar Pradesh, sebuah negeri yang terletak di India Utara. Setakat ini 56 orang, kebanyakannya kanak-kanak, dilaporkan telah meninggal dunia. Penyakit yang tidak diketahui asal usulnya ini mempunyai ciri-ciri seperti demam, sakit sendi, sakit kepala, dehidrasi dan mual. Manakala sebahagian pesakit pula dilaporkan mengalami ruam pada anggota badan. Bagaimanapun, kesemua mereka yang mengalami demam misteri ini tidak dijangkiti wabak COVID-19.

The Scientist Magazine melaporkan bahawa para doktor mengesyaki bahawa pesakit ini terjadi disebabkan oleh demam denggi yang parah. Hasil ujian darah, ia menunjukkan penurunan jumlah platelet yang biasanya terjadi disebabkan oleh DHF. Kini 11 doktor pakar telah dihantar ke Firozabad untuk menyiasat punca demam misteri yang sedang berlaku di sana.



Manakala Dr. Neeta Kulshrestha, pegawai kanan kesihatan yang bertanggungjawab menjaga daerah Firozabad telah disingkirkan daripada jawatannya oleh Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath disebabkan lambat bertindak untuk mengekang situasi terbabit sehingga menyebabkan banyak korban nyawa dikalangan kanak-kanak.

Demam denggi adalah penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti melalui gigitan. Nyamuk ini terdapat di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia, kebanyakannya di kawasan bandar. Terdapat empat jenis virus denggi dan seseorang boleh dijangkitinya sebanyak empat kali. Sebilangan besar kes berlaku ringan, tetapi sekiranya tidak dirawat dengan segera, pesakit denggi boleh meninggal dunia.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan terdapat sekitar 390 juta jangkitan denggi di seluruh dunia. Jumlah jangkitan dan kematian telah meningkat secara mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini, meningkat empat kali ganda antara tahun 2000 dan 2015, ketika 4,032 orang mati akibat penyakit ini.

Namun masih belum jelas adakah denggi yang bertanggungjawab membunuh lebih 50 orang di Uttar Pradesh, sebuah negeri yang mempunyai lebih daripada 200 juta penduduk dengan tahap kebersihan yang teruk lapor BBC. Analisis sampel telah diambil untuk mengetahui sama ada salah satu virus adalah penyebab wabak demam misteri di India. Atau ada rahsia lain yang menyebabkan puluhan orang mati di Uttar Pradesh.



Untuk rekod, Uttar Pradesh pernah dilanda dengan ensefalitis Jepun pada tahun 1978. Sejak itu, lebih daripada 6,500 orang sudah kehilangan nyawa. Penyakit ini merebak ke Gorakhpur dan daerah-daerah bersebelahan yang bersempadan dengan Nepal di kaki bukit Himalaya. Secara amnya, penyakit ini sangat jarang berlaku tetapi mengikut rekod ia mempunyai kadar kematian yang tinggi. Hampir satu daripada tiga orang yang dijangkiti ensefalitis mati.

Kempen vaksinasi, yang dimulai pada tahun 2013 telah berjaya menurunkan kes, tetapi kanak-kanak dilaporkan terus meninggal dunia. Tujuh belas kanak-kanak telah meninggal dunia akibat ensefalitis Jepun di Gorakhpur tahun ini, dan 428 kes telah direkodkan. Vc

Penyakit Misteri Landa India, Puluhan Kanak-Kanak Meninggal Dunia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker