Wanita Ini Seronok Bawa Beruang Bersiar-siar Dalam Kereta

Wanita Ini Seronok Bawa Beruang Bersiar-siar Dalam Kereta

MOSCOW – Seorang wanita dari Novorsibirsk, utara Rusia mengakui berasa seronok ditemani seekor beruang Himalaya dewasa setiap kali bersiar-siar di dalam kereta, lapor akhbar Mail Online, semalam.

Veronika Dichka, 24, memberitahu beruang yang dipanggil Toptyzhka itu berkelakuan baik apabila menaiki kenderaan untuk bersiar-siar.



Dia turut memaklumkan perasaan ingin tahu haiwan itu membuatkan ia berperangai jinak dan tidak mudah berasa takut ketika berada di dalam kereta.

“Apabila kami keluar bersiar-siar di dalam kereta, saya akan memberikannya makanan tambahan seperti sosej sebagai ganjaran.

“Toptyzhka sangat berminat dengan stereng kereta dan cuba mempelajari fungsinya,” jelas Veronika.



Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu dia mula menghabiskan masa dengan haiwan  itu selepas menawarkan bantuan menjaganya daripada pemilik sebenar Toptyzhka, Maya Kirsanova.

“Ramai yang bertanya adakah saya berasa takut dengan Toptyzhka. Jawapannya tidak malah saya berasa selamat setiap kali berada di sampingnya,” ujar Dichka. – Agensi

Wanita Ini Seronok Bawa Beruang Bersiar-siar Dalam Kereta




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Berumah Atas Pokok 10 Hari Elak Dimakan Beruang

Beruang kutub dalam hotel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker