Majalah & Komik Lejen Popular Zaman Kanak-Kanak Dulu Dan Boleh DiBeli Secara Online

Majalah & Komik Lejen Popular Zaman Kanak-Kanak Dulu Dan Boleh DiBeli Secara Online

Zaman kanak-kanak merupakan zaman paling banyak kenangan manis yang mengajar kita pelbagai perkara sehingga hari ini

Pasti ada di antara anda yang masih tidak dapat lupakan zaman kanak-kanak anda betul tak? Tidak kiralah pahit ataupun manis. Itu semua adalah kenangan.



Jika pada masa itu kita menginginkan sesuatu, pasti kita sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkannya. Contohnya seperti menabung dan sebagainya untuk membeli permainan atau barangan yang diidamkan.

Namun, jika anda adalah penggemar komik dan majalah, masihkan anda ingat karya-karya yang pernah popular dulu? Pasti rasa rindu kan mahu membacanya. Apa yang lebih menarik anda juga boleh dapatkan secara online saja!



Ini antara majalah dan komik legend popular anda boleh beli secara online

1. Lawak kampus karya Keith

Image from Lowyat.net

 

Image from Harian Metro

Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith dan Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan. Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan.

Sehingga Mac 2016, Lawak Kampus mempunyai 37 jilid komik grafik dalam bahasa Melayu dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Cina, Inggeris dan yang terbaru bahasa Thailand.

Klik di sini untuk beli di Shopee.

 



2. Karya Lengkuas

Image from Carousell

 

Image from Astro Awani

 

Zainuddin bin Saleh atau lebih dikenali dengan nama Lengkuas ialah seorang pelukis komik Malaysia. Beliau terkenal menerusi karya yang bertajuk Mat Despatch di majalah Ujang dan Yob Peon di majalah Lanun.

Pada sekitar tahun 2014, beliau mula menghadapi masalah buah pinggang dan dimasukkan ke dalam hospital. Beliau disahkan meninggal dunia dua hari kemudian akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.



Klik di sini untuk beli di Shopee.

 

3. Karya Lambok

Image from Shopee

 

Image from Cari Gold

 

Karya kartunis Lambok memang terkenal dengan koleksi himpunan lawak-lawak popular, antaranya ialah benua dan family matters yang menceritakan sketsa lawak keluarga yang tidak dijangka. Komik ini pasti membuatkan pembaca tidak kering gusi.



Klik di sini untuk beli di Shopee.

 

4. Karya Gayour

Image from Berita Harian

 

Image from Shopee

 

Sebut saja mengenai kartun Slash, cerita Siapa Yang Harus Disalahkan dan Bersama Selamanya, pasti ramai yang tahu itu semua karya Gayour.



Gayour merupakan seorang peminat muzik rock berunsurkan metal. Minat tersebut mempengaruhi karya beliau.

Kil di sini untuk beli di Shopee.

 

5. Karya Bawang

Image from Bekazon

 

Image from Bekazon (Facebook)

 

Antara koleksi popular daripada Bawang adalah Selangkah ke Alam Misteri yang merupakan himpunan cerita mistik dan lawak.

Ia dihasilkan menjadi didalam satu buku yang akan memastikan anda meminati hasil karya Kartunis Bawang ini.

Klik di sini untuk beli di Shopee.

 

6. Majalah Ujang dan APO

Image from Astro Awani

 

Image from Vocket

 

Ujang ialah majalah kartun humor Malaysia. Ia lahir setelah pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang.

Dengan moto ‘Majalah Lawak Antarabangsa’, majalah Ujangberjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai. Watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi turut dijadikan idaman peminat. Kartunis Ujang telah menggunakan nama pena itu sejak 20 tahun lalu.

Klik di sini untuk beli di Shopee.

7. Majalah Gila-Gila

Image from Berita Harian

 

Image from Iluminasi

 

Kartun-kartun yang disiarkan Gila-Gila berlatar belakang cerita rakyat Malaysia secara humor dan simbolik. Gila-Gila bukan hanya memaparkan karya-karya kartun semata-mata, malah sering disusuli dengan pelbagai ruangan penulisan fiksyen mahupun pendapat.

Antara salah satu ruangan cetusan pendapat yang amat popular seketika dahulu adalah ruangan ‘Ehem…Alahai’.

Klik di sini untuk beli di Shopee.

Tiba-tiba rindu nak baca balik semua komik dan majalah ni. Mengimbau kenangan betul 😀

Seismik

Majalah & Komik Lejen Popular Zaman Kanak-Kanak Dulu Dan Boleh DiBeli Secara Online


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa? Tak Percaya ka? Komik Batman Edisi Pertama Berharga Hampir RM9 juta

Kartunis Ujang Dakwa Jadi Mangsa Fitnah Ahli Parti Amanah Negara (PAN)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker