Berumah Atas Pokok 10 Hari Elak Dimakan Beruang

Sebaran :

Berumah Atas Pokok 10 Hari Elak Dimakan Beruang

KAMCHATKA, RUSIA – Sepasang suami isteri di Rusia terpaksa hidup selama 10 hari tanpa makanan di atas pokok ketika bersembunyi daripada seekor beruang coklat, lapor akhbar The Sun semalam.

Anton dan Nina Bogdanov yang mengembara ke sebuah hutan di Banniye Springs terperangkap selepas kenderaan pacuan empat roda milik mereka tersekat dalam lopak lumpur.

Disebabkan tiada sebarang liputan telefon bimbit, kedua-dua mereka terpaksa berjalan ke sebuah pusat pelancong untuk meminta bantuan.



Ketika dalam perjalanan, kedua-dua suami isteri itu menjadi sasaran seekor beruang yang memerhatikan mereka di sebalik hutan yang mengelilingi kawasan itu.

Nina dan Anton terpaksa mengambil giliran untuk tidur bagi mengawasi pergerakan beruang tersebut. – The Siberian Times

“Beruang itu berjalan di belakang kami, dan kami langsung tidak menyedarinya. Ia bergerak dengan amat perlahan.

“Suami saya adalah yang pertama ternampak beruang itu. Pada mulanya, kami berjaya menakutkannya, namun ia datang kembali dan mengejar kami,” ujar Nina.

Mereka kemudiannya berlari sejauh hampir 200 meter ke arah sebatang sungai dan memanjat sebatang pokok untuk menyelamatkan diri.



Beruang itu kemudiannya mengawal bawah pokok tempat Nina dan Anton bersembunyi sehingga memaksa mereka mengambil giliran untuk tidur bagi memastikan haiwan itu tidak bertindak ganas.

Keadaan itu berterusan sehingga 10 hari sebelum mereka diselamatkan oleh sebuah kenderaan yang kebetulan melalui jalan itu dan berjaya menghalau beruang tersbeut.

“Saya menangis kegembiraan sebaik melihat terdapat kenderaan lain datang menghampiri dan menyelamatkan kami,” katanya. – AGENSI

Berumah Atas Pokok 10 Hari Elak Dimakan Beruang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Punggung wanita digigit beruang

 


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.