Beruang kutub dalam hotel

Sebaran :

Sebuah hotel baru di China bakal memberikan pengalaman berbeza kepada tetamunya apabila mereka boleh melihat kecomelan beruang kutub sebenar hanya dari bilik penginapan masing-masing.

Harbin Polar Land terletak di wilayah Heilongjiang itu dikatakan menjadi satu-satunya hotel seumpama itu yang menempatkan beruang kutub dalam bangunan bagi memberi peluang tetamu melihat haiwan itu secara dekat.

Hotel bernilai ASD 19 juta (RM78.4 juta) itu diiklankan sebagai hotel mewah yang menawarkan pengalaman luar biasa apabila ia menempatkan beberapa ekor beruang kutub sebagai ‘jiran’ selama 24 jam.

Ia dilengkapi dengan 33 dinding kaca tebal di seluruh kawasan yang menempatkan beberapa bilik acara di hotel berkenaan

Beruang kutub berkenaan boleh dilihat menerusi dinding kaca dari mana-mana bilik untuk membolehkan pengunjung memerhati kehidupan harian haiwan berkenaan.

Bagaimana pun, kewujudan hotel terbabit menimbulkan rasa kurang senang di kalangan aktivis haiwan dan menggesa orang ramai supaya tidak menginap di situ.

Naib Presiden PETA, Jason Baker berkata, orang ramai diminta tidak menggunakan sebarang perkhidmatan termasuk hotel berkenaan yang cuba mencari untung dengan menyeksa haiwan.

Katanya, beruang kutub adalah haiwan yang aktif sehingga 18 jam sehari dan sering berkeliaran ke kawasan sejauh ribuan batu.

“Beruang kutub sepatutnya berada di Artik dan bukannya dikurung dalam zoo atau akuarium kaca dan sudah tentu bukan di hotel.

“Industri akuarium bersikap eksploitasi dan tamak yang semakin jauh daripada keadaan dunia yang celik ini dibina atas penderitaan makhluk yang dinafikan haknya,” katanya.


Sebaran :

Leave a Reply