4 individu dikompaun RM10,000 langgar SOP di Sibu

Sebaran :

 

SIBU: Empat individu dikenakan kompaun RM10,000 masing-masing, selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 dalam satu operasi pemantauan di Bandar Baru Sibu Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata mereka yang dikompaun termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.

Tiga lagi adalah pemilik premis, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan.

Pemilik kedai makan, lelaki berusia 53 tahun, dikompaun selepas gagal menyelia dan mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan, sementara dua pemilik kedai gunting, iaitu seorang wanita berusia 67 tahun dan lelaki, 32 tahun, didapati tidak menggunakan sarung tangan dan apron pakai buang, katanya.

Pada 11 Mac lepas, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata nilai kompaun bagi pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 yang dikuatkuasakan menerusi pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

 


Sebaran :

Leave a Reply