Jumpa bayi dalam beg depan rumah
Jumpa bayi dalam beg depan rumah
Seorang penduduk terkejut selepas terjumpa bayi baru dilahirkan dalam sebuah beg plastik di depan rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, pengadu terlihat pergerakan pelik dalam beg plastik dan disusuli tangisan sebelum menjumpainya bayi cukup sifat itu disaluti kain putih bercorak di pintu rumahnya.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9.15 pagi dan selepas itu pengadu membuat laporan dibuat anggota polis yang bertugas di Taman Tun Control Centre Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, siasatan awal mendapati bayi lelaki yang dijumpai itu baharu sahaja dilahirkan.
“Bayi dalam keadaan cukup sifat dan dijumpai di dalam plastik yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan di kampung itu dan semakan pemilik rumah telah dibuat oleh polis dan bayi berkenaan sudah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Basri, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau menagih bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki ini diminta hadir ke balai polis yang berdekatan untuk memberi keterangan.
Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. MG
Jumpa bayi dalam beg depan rumah
Baca Artikel Menarik :
- Petugas bertempiaran lari, pemandu ‘gila’ rempuh khemah SJR
- Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak
- Ezurin Seksi Depan Anak, Ini Responnya
- Papagomo digantung enam tahun
- Potong Rambut Gaya al-Qaza’, Haram Hukumnya?
- Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis
- TMJ Ditanya Alasan Tak ‘Posting’ Pasal Hari Kemerdekaan..Ini Jawapannya…
- Resepi Sotong Cili Padi Petai
- Pendakwaan gagal lagi lucutkan hak Umno pada dana RM192j
- Parodi PKP, Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon
- ‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’
Layari Laman Facebook MYKMU
Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat
You must be logged in to post a comment.