Penjual minuman guna air tandas

Penjual minuman guna air tandas

Penjual minuman guna air tandas
Tangkap layar video menunjukkan penjual itu menggunakan air yang diambil dari tandas untuk menyediakan minuman sebelum dijual. – Instagram

NEW DELHI – Seorang peniaga di India mengundang perhatian orang ramai apabila bersahaja menggunakan air yang diambil dari tandas awam untuk menyediakan minuman berperisa limau, lapor stesen penyiaran NDTV.

Kejadian berlaku berhampiran Stesen Kereta Api Charbagh di negeri Uttar Pradesh, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mera_kachra_mere_bag_me menunjukkan penjual tersebut mengisi bekas kosong dengan air pili tandas sebelum berjalan ke gerainya.

Dia menggunakan air tersebut untuk menyediakan minuman sebelum dijual kepada pelanggan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Ini sebab saya tidak beli makanan atau minuman berhampiran stesen kereta api,” kata seorang netizen.

“Ada sebab mengapa masak di rumah lebih baik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Penjual minuman guna air tandas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker