‘Tentera Bawang Negara’ telah bertindak selepas Emas Ziyad dibatalkan
PETALING JAYA- Kontroversi melibatkan kemenangan atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat emas kedua negara di Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi terus sohor kini di Twitter dengan ciapan melebihi 71,000.
Selain tanda pagar #Ziyad, turut sama sohor kini ialah #Ukraine dengan ciapan melebihi 38,700 kali selain #paralympics dengan angka sebanyak 296,000.
Difahamkan, #Ziyad dan #Ukraine menjadi sohor kini berikutan netizen mula meluahkan rasa tidak puas hati selepas pingat emas Ziyad ditarik balik susulan atlet Ukraine melakukan protes terhadap kemenangan tersebut.
Rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap tidak profesional ditampilkan atlet Ukraine hingga menyebabkan kemenangan emas Ziyad terbatas meskipun memecahkan rekod dunia.
“Sangat tidak menunjukkan semangat kesukanan di mana mahu menang menerusi sudut teknikal, pingat emas Ziyad adalah rekod dunia, rekod paralimpik dan rekod negara. Semuanya hilang kerana protes Ukraine,” kata Lee Seng Foo.
“Kami memohon siasatan lanjut. Ziyad dipanggil ke ruangan menunggu sejak mula lagi, ini bermaksud, dia layak bertanding. Protes Ukraine hanya selepas pertandingan berakhir. Kenapa tidak daripada awal protes itu?,” soal Zulkieli Sulaiman.
“Ukraine sangat memalukan, kenapa tidak buat protes sejak sebelum pertandingan, kamu hanya takut kepada kami,” kata Manpie.
Terdahulu, Ziyad memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter sekali gus menyumbangkan pingat emas kedua buat Malaysia.
Pun begitu, kemenangan itu ditarik balik selepas protes dilakukan atlet Ukraine dengan mendakwa Ziyad tidak berada di bilik menunggu seterusnya membolehkan atlet terbabit berjaya meraih emas bagi acara itu
‘Tentera Bawang Negara’ telah bertindak selepas Emas Ziyad dibatalkan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
- Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
- Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
- Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
- Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
- PKR, DAP terima dana asing NED?
- ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
- Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
- Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
- Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
- Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
Pingat Emas dimenangi Ziyad dibatalkan
You must be logged in to post a comment.