Pelakon Eina Azman Dan Suami Positif Covid-19 Pada Ulangtahun Perkahwinan Ke-7



Sebaran :

Pelakon Eina Azman Dan Suami Positif Covid-19 Pada Ulangtahun Perkahwinan Ke-7

ULANG tahun perkahwinan ketujuh pelakon Datin Eina Azman dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden disambut suram apabila mereka disahkan positif Covid-19.

Menurut Eina, 26, dua lagi pembantu rumahnya turut disahkan positif virus berkenaan pada Selasa.

“Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan dua bibik (pembantu) iaitu Bik Mega dan Bik Na didapati positif Covid-19… macam nak gugur jantung ni bila dapat keputusan sebab saya selalu buat ujian.



“Malah, minggu lepas saya dan suami baru saja buat ujian saringan sebelum pembedahan dan keputusannya negatif. Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh kena.

“Sedih yang amat bila terpaksa tengok anak Aubrey Karl buat ujian saringan dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok

“Sementara tunggu keputusan hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat Aubrey dan bibik-bibik. Macam mana nak handle? Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana,” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Eina memberitahu dia mula mengalami gejala demam dan batuk manakala suami pula berdepan demam panas serta paras oksigen kurang baik.



“Sekarang saya dah mula demam panas dan batuk cuma keadaan suami saya kurang okay sebab demam terlalu panas dan oksigen turun naik. Setiap dua hari kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor monitor dan X-ray.

“Hari ini pula ulang tahun kami jadi macam ini, Ya Allah memang hilang kata-kata. Apa-apa pun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Eina memohon orang ramai mendoakan agar dia sekeluarga diberikan kekuatan dan kesembuhan melawan virus berkenaan

Malah dia turut meminta mereka yang pernah berhubung dengannya secara langsung melakukan ujian saringan secepat mungkin.



“Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa… kepada sesiapa yang close contact dengan kami kalau rasa tak sihat tolong pergi swab test ya.

“Kalau sesiapa ada pengalaman dengan Covid-19 tolong kongsi apa-apa petua yang boleh kami amalkan

“Anyway happy anniversary sayangku… tiada apa yang saya minta hanya doa nak awak sihat semula macam biasa. Stay strong we can do this together,” katanya.

Eina bergelar isteri kepada usahawan, Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014.-mSTAR



Sumber: Instagram Eina Azman

Pelakon Eina Azman Dan Suami Positif Covid-19 Pada Ulangtahun Perkahwinan Ke-7


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,

Hospital Sahkan Eina Azman, Suami Terima Suntikan Sebagai Golongan Berisiko Tinggi


Sebaran :


Leave a Reply