Manchester City Pasukan Paling Banyak Berbelanja Dekad Ini – FIFA

Manchester City Pasukan Paling Banyak Berbelanja Dekad Ini – FIFA

MANCHESTER CITY menduduki tangga teratas senarai pasukan paling banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan pemain sepanjang dekad ini, demikian didedahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Badan induk dunia itu mendedahkan perbelanjaan mendapatkan pemain kelab itu dari 2011 hingga 2020 telah mencecah AS$48.5 bilion (RM201.61 bilion).

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pernah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendatangkan Kevin de Bruyne dan Ruben Dias sepanjang tempoh berkenaan.

Chelsea dan Barcelona, masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga senarai itu – tanpa mendedahkan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan.

Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid pula melengkapkan senarai lima pasukan teratas pada ketika 12 daripada 30 kelab dalam senarai itu datangnya daripada England.

Perpindahan Neymar daripada Barcelona kepada PSG memecahkan rekod dunia dengan €222 juta (RM 1.089 bilion) manakala pembiayaan Madrid untuk mendatangkan Eden Hazard daripada Chelsea dilaporkan mencecah €175 juta (RM858.74 juta).

Barcelona turut mengeluarkan perbelanjaan besar ketika membeli Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele, masing-masing daripada Liverpool dan Borussia Dortmund.

Penyerang Argentina, Angel Di Maria, mengisi dua slot perpindahan termahal sepanjang tempoh itu, di mana penyertaannya di Manchester United daripada Madrid menduduki tangga ke-10 sebelum perpindahannya ke PSG selepas itu berada di tempat kesembilan.

https://twitter.com/FIFAcom/status/1432303533886517253Manchester City Pasukan Paling Banyak Berbelanja Dekad Ini – FIFA


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker