Makan Sosej Pendekkan Umur Sebanyak 36 Minit – Kajian

Makan Sosej Pendekkan Umur Sebanyak 36 Minit – Kajian

ANDA suka makan sosej dan makanan proses seumpamanya? Mungkin sudah tiba masanya untuk lebih berhati-hati dan menukar diet lebih sihat.

Sebabnya, berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan penyelidik di Universiti Michigan Amerika Syarikat, makan sosej boleh memendekkan umur seseorang.

Bahkan secara spesifiknya, sepotong sosej boleh mengurangkan usia sebanyak 36 minit.

Penilitian itu dibuat selepas merujuk laporan indeks nutrisi yang diterbitkan School of Public Health yang menyenaraikan lebih 5,800 jenis makanan di Amerika berdasarkan khasiat dan kesannya dalam kiraan minit.

Menerusi kajian itu, pengkaji menyimpulkan pengambilan daging proses dapat ‘merampas’ beberapa minit daripada hidup manusia.

Penyelidik mengatakan simbolik usia berkurangan 36 minit disebabkan pengambilan makanan itu menunjukkan bahawa ia perlu dijauhi dan menukar gaya hidup lebih sihat.

Makanan yang lebih sihat seperti kekacang, ikan salmon pula disebut dapat menambah 10 ke 15 minit lebih lama untuk hidup.

Tempoh 36 minit itu bukan waktu yang singkat kerana merokok hanya mengurangkan 11 minit usia menerusi kajian itu.

Bagaimanapun ramai memandang skeptikal terhadap kajian itu kerana merasakan ia mengarut dan tidak memahami simbolik di sebalik kajian dan angka ditunjukkan.-VegNews

Makan Sosej Pendekkan Umur Sebanyak 36 Minit – Kajian


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker