Mahkamah tegur Syed Saddiq

Syed Abdul Rahman agar berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang komen dilaman sosial berkaitan pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan harta yang dihadapinya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika menyatakan demikian turut menasihati Ahli Parlimen Muar itu agar membezakan kedudukannya selaku ahli politik dan tertuduh yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ujar hakim berkenaan, meskipun beliau memahami keadaan sukar yang dilalui oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu, tertuduh perlu membezakan statusnya ketika memberi kenyataan dalam laman sosial.



Perkara tersebut disuarakan oleh pihak pendakwaan ketika prosiding sebutan kali pertama terhadap Ahli Parlimen Muar itu selepasnya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin membangkitkan isu berhubung beberapa komen yang dibuat oleh Syed Saddiq dalam laman Facebook yang menyentuh pertuduhan yang sedang dihadapinya.

Pihak pendakwaan selanjutnya menarik perhatian mahkamah bahawa sebarang komen dan hantaran yang dibuat dalam laman sosial boleh digunakan terhadap dirinya di mahkamah.

“Ini bukan perintah larangan (gag order), namun sebagai orang yang lebih matang daripada tertuduh, saya menasihatkannya bahawa sebarang komen di laman sosial seolah-olah pembelaan awal dan boleh digunakan terhadapnya,” ujar Wan Shaharuddin.



Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakilinya menjelaskan, komen tersebut dikeluarkan ketika menjawab soalan orang awam berhubung perjalanan kes.

“Anak guam saya perlu diberi ruang yang fleksibel untuk menjawab persoalan masyarakat yang ingin mengetahui pertuduhan berulang yang dikemukakan,” ujar Gobind sambil menyatakan pihaknya mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan. -K! ONLINE

Mahkamah tegur Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker