Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,

Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,

Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini sememangnya sangat mencabar bagi sesetengah peniaga kecil. Mana tidaknya, baru sahaja beberapa bulan hendak ‘bernafas’ kembali, kini terpaksa menghadapi cabaran ‘total lockdown’ semula.

Walaupun peniaga-peniaga dibenarkan untuk berjualan, namun berapa sajalah keuntungan yang diperoleh memandangkan ramai yang tidak keluar dari rumah sepanjang PKP ini.

Tawar review percuma

Jadi, medium media sosial antara inisiatif terakhir untuk mereka mempromosikan jualan. Oleh itu, selebriti terkenal, Datin Paduka Eina Azman telah tampil menghulurkan bantuan dengan memberikan review percuma di Instagramnya untuk peniaga yang ingin mempromosikan produk mereka.



Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,

Nak bantu peniaga2 kecil

Hal ini dimuat naik sendiri oleh Eina di akaun Instagram untuk membolehkan para peniaga kecil segera menghubunginya. Dia juga menggunakan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ dan akan memilih mereka yang benar-benar sudi.

Bantuan kecil ini merupakan usahanya untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang benar-benar mahu mendapatkan penghasilan kerana sedar ketika ini ramai peniaga kecil terjejas teruk.

Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,



Jadi, dia berharap apa yang dilakukan sedikit sebanyak mampu membantu meningkatkan hasil jualan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian berkenaan, rata-rata warganet telah menyuarakan rasa terima kasih kepada selebriti berusia 26 tahun itu yang sama-sama membantu orang lain ketika waktu sukar seperti sekarang.

Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,

Mereka juga mendoakan agar Eina Azman dan keluarga terus dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.-OMM



Sumber: Eina Azman

Eina Azman Tawar ‘Review’ Produk Percuma Di Instagram Sebab Nak Bantu Peniaga2 Kecil,

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker