Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik, Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet [VIDEO]
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik, Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet [VIDEO]
PELAKON dan pelawak Azlee Senario berharap pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih yang berlegar-legar di alam maya.
Ujar Azlee atau nama sebenar Azlee Jaafar, sebarang berita yang tidak sahih dianggap satu fitnah yang akhirnya boleh menjatuhkan seseorang individu.
“Kalau kita tidak kenal pasti benda itu sahih atau tidak, jangan kita sebarkan benda-benda tak elok sebab ia akan menjatuhkan fitnah.
“Apabila jatuhkan fitnah, berdosa… Malaysia ada undang-undang, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Azlee menyifatkan rakannya iaitu Lan Pet Pet yang terkait dengan dakwaan menjual barangan terlarang adalah seorang individu yang baik dan ceria.
“Kalau tak kenal Lan Pet Pet, orang akan ingat macam tu, kita Senario dah 25 tahun… kita kenal hati budi Lan, dia seorang yang baik.
“Tohmahan begitu ia akan menjatuhkan fitnah, saya kenal Lan Pet Pet tu siapa, dia seorang yang suka bergurau senda dan happy go lucky,” katanya.-mSTAR
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik, Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Saya Jual Krim Kesihatan, Bukan Barang Terlarang’-Lan Pet Pet [VIDEO]